Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

7 Tips Baterai Laptop Awet

1. Charge Baterai Atau Laptop Baru Terlebih Dahulu

Penjagaan baterai laptop bermula sejak anda mula membeli baterai itu lagi, sama ada ketika membeli laptop baru ataupun ketika membeli baterai baru sebagai menggantikan baterai yang sudah rosak .

Biasanya kalau anda pergi ke kedai mesti orang kedai akan cakap “ laptop ni atau baterai laptop ni kena kasi charge dulu 8jam jangan guna dulu” perkataan macam ini lah yang selalu keluar dari mulut mereka.

Ramai diantara kita mengabaikannya sebab tidak sabar nak guna benda baru. Sama seperti handphone, baterai laptop juga perlu di cas sekurangnya 8jam untuk pertama kali sebelum digunakan.

2. Overcharging

Elakkan terlebih cas (overcharging), ini kerana ia boleh menyebabkan kepanasan dan mengurangkan kualiti baterai. Cabut charger apabila indicator sudah menunjukkan bateri sudah 90%-100% penuh (fully charged)

3. Jangan Cabut Baterai Sesuka Hati

Jangan cabut bateri ketika bateri sedang cas atau sedang menggunakan kuasa bateri. Kalau mahu cabut bateri pastikan laptop dalam keadaan shutdown (bukan sleep atau hibernate) atau cabut charger.

4. Jangan Bermain Di Atas Permukaan Fabrik

Jangan menggunakan laptop diatas permukaan fabrik seperti tilam, bantal, selimut dan sebagainya adalah tidak baik untuk bateri dan laptop anda. Ini kerana kepanasan yang melampau boleh menyebabkan bateri anda untuk lebih cepat rosak dan laptop anda.

5. Jangan Biarkan Bateri Anda 0% Atau 100% Jika Ditanggalkan

Sekiranya anda tidak mahu menggunakan bateri untuk lebih dari 1 minggu, pastikan anda menyimpan sekurang kurangnya 50% kuasa dalam bateri itu. Jika anda tinggalkan dengan kuasa yang penuh (100%), baterai akan kembang dan tidak dapat menyimpan banyak kuasa. Jika anda tidak menyimpan kuasa langsung (0%), di khuatiri baterai tidak boleh dicas semula.

6. Jangan Terlalu Kerap Charge Baterai

Elakkan dari selalu mengecas baterai. Setiap baterai laptop mempunyai jangka hayat lebih kurang 300-500 kitaran (cycle) cas. Bila anda menggunakan kuasa baterai penuh (100%) sehingga habis (10%) dan kemudian cas sehingga indicator menunjukkan baterai sudah penuh atau fully charged 100% di kira 1 kitaran (cycle) cas.

Anda dinasihatkan jangan menggunakan kuasa baterai sehingga habis sepenuhnya 0%. Tinggalkan sekurang-kurangnya 10% dari kuasa yang ada. Adalah lebih baik jika anda menggunakan baterai sehingga habis (10%) dan cas sampai penuh (fully charged 100%).

Ini dikira 1 kitaran (cycle) dari anda menggunakan baterai 50% dan cas balik, ini juga dikira 1 kitaran (cycle).

7. Jauhkan dari Hawa Panas

Bercakap suhu, pastikan anda tidak meninggalkan laptop atau baterai anda di dalam kereta yang panas sepanjang hari. Atau meletakannya diatas permukaan yang panas seperti desktop.

Post a Comment for "7 Tips Baterai Laptop Awet"